MC tertubuh secara automatik apabila
buku daftar strata dibuka. Dengan itu ia tidak lagi perlu didaftarkan dengan Pendaftar
Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia. MC juga ialah pemilik harta
bersama dan sebagai penjaga (custodian) dokumen hak milik keluaran bagi
tanah di mana bangunan terdiri.
Semua pemilik petak ialah ahli kepada MC dan selepas pindah milik petak disempurnakan, mereka mempunyai hak untuk mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa MC.
Untuk melicinkan pengurusan, MC
dikehendaki melantik sebuah majlis untuk menjalankan tugas-tugasnya dan
bertindak bagi pihaknya. Majlis ini dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan
pertama MC. Bilangan minimum ahli majlis ialah
tiga (3) orang dan tidak lebih daripada 14 orang dan mereka dilantik di dalam
Mesyuarat Agung.
Tanggungjawab MC
MC melalui majlisnya berkewajipan melaksanakan semua tanggungjawab yang
ditetapkan dalam undang-undang berkenaan, iaitu Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta
318]. Antara tanggungjawab utama MC
ialah seperti berikut:
1. Mengurus dan menyenggara dengan sempurna harta bersama
2. Menubuhkan dan menyenggara satu kumpulan wang pengurusan bagi tujuan menampung apa-apa perbelanjaan
pentadbiran
3. Menginsurankan bangunan dari aspek struktur bangunan dan harta bersama terhadap kebakaran dan apa-apa risiko lain
4. Mematuhi apa-apa notis atau arahan pihak berkuasa berhubung dengan harta bersama
5. Menyedia dan menyenggara suatu daftar senarai (strata roll) yang mengandungi butiran mengenai lot, hak milik,
bangunan, pemilik asal, MC, petak, pemilik petak dan urus niaga.

Kuasa MC
Bagi melaksanakan tanggungjawab di
atas, MC diberi beberapa kuasa berikut:
1. Mengenakan caruman ke atas pemilik
petak mengikut kadar yang ditetapkan mengikut unit syer petak masing-masing;
2. Membeli, menyewa atau memperoleh harta
alih untuk kegunaan berhubung dengan harta bersama;
3. Meminjam wang yang diperlukan dalam
menjalankan kuasa-kuasanya atau melaksanakan tugas-tugasnya dan membayar
balik pinjaman serta faedah yang dikenakan;
balik pinjaman serta faedah yang dikenakan;
4. Mengambil tindakan ke atas pemilik
petak sekiranya pemilik petak gagal mematuhi arahan dalam tempoh tertentu;
5. Mendapatkan kembali daripada mana-mana
pemilik petak apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh MC berkenaan
dengan pemilik petak itu yang gagal mematuhi apa-apa notis atau perintah pihak berkuasa; serta
dengan pemilik petak itu yang gagal mematuhi apa-apa notis atau perintah pihak berkuasa; serta
6. Membuat segala perkara yang munasabah
bagi melaksanakan tugas-tugasnya dan menguatkuasakan undang-undang
kecil.
kecil.