Polisi Blog


Polisi atau peraturan yang perlu dipatuhi ketika di blog DCMC :

Sebarang komen yang dihantar samada berunsur perkauman, hasutan, politik, spam, kata-kata lucah dan kesat, apa juga bentuk pengiklanan atau jualan adalah tidak dibenarkan sama sekali. 

Kami berhak untuk meminda, memadam atau tidak meluluskan komen-komen tersebut dari disiarkan di blog DCMC ini. Mereka yang masih berdegil akan di ‘banned’ terus dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Polisi ini diadakan bukanlah untuk menyekat kebebasan bersuara anda, tetapi biarlah ianya dilakukan dengan cara berhemah dan bersopan. Kami juga berharap bloggers hanya menggunakan 1 (satu) ‘nickname’ sahaja untuk setiap komen yang ingin disiarkan. Jika didapati bloggers menggunakan lebih dari 1 (satu) ‘nickname’ komen anda akan dipadam dan tidak akan disiarkan.

Jika tidak mahu perkara-perkara ini terjadi pada anda, marilah kita sama-sama menjaga tatasusila dan mematuhi peraturan yang ditetapkan di samping bersikap hormat-menghormati antara satu sama lain demi menjaga nama baik blog ini dan DCMC khususnya. 

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

No comments:

Post a Comment